Friday 30 November 2012

KONSEP 1 DENGAN 1

perkara asas yang boleh dilakukan guru untuk mengajar murid-murid konsep angka 1 hingga 10. penggunaan batang aiskrim dan bahan terbuang boleh menjimatkan kos. guru boleh kreativiti diri untuk menghasilkan bahan bantu mengajar seperti ini.


BULAN


Untuk mengajar murid-murid prasekolah mengenai bulan, guru boleh menggunakan biskut oreo. secara tidak langsung, penggunaan biskut ini boleh meningkatkan pengetahuan dan menambah kefahaman murid tentang bulan.

Tuesday 20 November 2012

Sub NKRA Prasekolah


Prasekolah: Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak 4+ dan 5+ tahun, dan mempertingkatkan kualiti sistem

  • 1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan serta Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah. Jawatankuasa ini berperanan mengkaji semula dasar pendidikan prasekolah kerajaan dan prasekolah swasta yang berdaftar termasuk kurikulum, kriteria kelayakan, latihan dan penilaian, menyelaras semua prasekolah (kerajaan dan swasta) serta memantau dan menilai pendidikan prasekolah bagi menggubal dasar prasekolah masa depan. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran (MOE), manakala ahli tetapnya terdiri daripada Ketua Pengarah KEMAS, Ketua Pengarah JPNIN dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta (MOE).
  • 2. Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bermula Januari 2010, yang dibangunkan dengan kerjasama agensi swasta. KSPK memberi penekanan dalam aspek berikut:
    • 2.1 Menggabungkan prinsip pendidikan holistik yang berorientasikan kepada hasil Pembelajaran
    • 2.2 Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran mengambil kira latar belakang pelajar yang berbeza
    • 2.3 Mentakrifkan penggunaan bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil dan Mandarin sebagai bahasa instruksional
    • 2.4 Melibatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemahaman budaya serta aktiviti pelbagai bangsa
    • 3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan. Ini termasuk penyeragaman pemberian geran per kapita kepada prasekolah MOE, KEMAS dan JPNIN serta menaikkan bantuan makanan bagi menampung inflasi.
    • 4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru prasekolah. Program Peningkatan Kemahiran akan diberikan kepada lebih kurang 30,000 guru dan pembantu guru prasekolah sedia ada dan baru dalam tempoh tiga tahun. Selain itu, kriteria kelayakan minima untuk semua guru prasekolah ialah Ijazah sarjana muda. Sebagai tambahan, kerajaan juga akan membangunkan kerangka kecemerlangan pendidikan prasekolah, dengan menakrifkan sasaran yang perlu dicapai oleh prasekolah
    • 5. Menambah bilangan kelas prasekolah, khususnya bagi kanak-kanak berumur 4+ tahun. Berdasarkan kepada kadar penyertaan semasa, disasarkan bilangan kelas prasekolah yang diperlukan dalam anggaran 10,000 kelas. Bagi mencapai sasaran ini, pihak kami akan meningkatkan kerjasama dengan pihak swasta.
    • 6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan prasekolah. Insentif baru akan diberikan kepada pengusaha presekolah swasta khususnya di kawasan miskin bandar dan di luar bandar. Manakala pihak swasta pula , perlu mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan, termasuk sasaran yang ditetapkan.
    • 7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan bagi menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan prasekolah termasuk maklumat asas pelajar, personel dan lokasi sekolah serta pencapaian prasekolah tersebut. Dengan sistem ini, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan akan dapat memantau dan menilai pelaksanaan prasekolah dengan lebih telus dan berkesan serta dapat merancang dasar-dasar baru bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan prasekolah.
  • Penambaikan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ini merupakan satu inisiatif yang diterima baik oleh pengunjung ke ruang pameran Pendidikan semasa Hari Terbuka. Literasi dan numerasi: Memastikan semua kanak-kanak27 berupaya menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah. 

    Sasaran yang ditetapkan agak sukar dicapai, walaupun untuk golongan dewasa kerana kurang daripada 30 negara mempunyai kadar literasi mencapai 100%. Namum, sasaran yang tinggi untuk kadar literasi dan numerasi amat penting. Ini disebabkan pada tahun 2008 sahaja, masih terdapat 54,000 pelajar Tahun 1 (anggaran 13% daripada jumlah enrolmen pelajar Tahun 1) yang tidak menguasai kemahiran literasi dan 117,000 (24%) pelajar dalam Tahun 4 yang tidak menguasai kemahiran numerasi yang ditetapkan. 

    Kajian yang telah dijalankan oleh MOE menunjukkan bahawa faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar adalah disebabkan ketidakupayaan untuk menerima pelajaran yang diajar. Pada tahun 2008, hampir 32,000 pelajar cicir dari pelbagai peringkat persekolahan. Harapan kerajaan, sekiranya penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas diberi penekanan bermula daripada peringkat awal pendidikan, kadar keciciran pelajar akan dapat dikurangkan. Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi pada peringkat awal pendidikan juga amat kritikal bagi seseorang kanak-kanak kerana penguasaannya akan menjadi lebih sukar di masa hadapan – kegagalan adalah kumulatif 

    Penguasaan kemahiran literasi dan numerasi juga akan mengupayakan anak-anak kita supaya lebih produktif dan lebih berkeyakinan untuk menyertai aktiviti komuniti setempat dan masyarakat keseluruhannya. 


INFO: http://nkrapendidikan.moe.gov.my/mainpage.php?module=nkra&id=112

Prasekolah SK Seri Sekawan Desa


MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah



OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,

Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,

Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,

Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,

Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya..



KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Perkembangan murid akan dapat dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut:

1. Bahasa dan Komunikasi
2. Perkembangan Kognitif
3. Kerohanian dan Moral
4. Perkembangan Sosioemosi
5. Perkembangan fizikal
6. Kreativiti dan Estetika

LONDON BRIDGE


Biasanye sesi awal persekolahan, selain lagu Twinkle-Twinkle Little Star saya gunakan lagu ini  untuk menarik minat murid-murid daam P&P bahasa Inggeris. Lirik lagunya sangat mudah dan murid-murid pun senang nak menghafal. Guru Pra boleh aplikasikan lagu ni sambil bermain 'Jambatan Sudah Roboh' versi bahasa Melayu.

Monday 19 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN

 Sebelum kelas sesi 2012 berakhir, macam biasa ler, jamuan akhir tahun antara aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak prasekolah.

 Anak-anak begitu berselera makan KFC sampai xingat kat cikgu pun..


Acara sambutan Hari Lahir

SLOT PENGAJARAN B.INGGERIS



Sekadar berkongsi idea, slot ni sesuai digunakan untuk minggu orientasi naik sekolah 2013.


GETTING TO KNOW YOU & ME

NAME OF ACTIVITY
Activity 1 : Name Game
STRAND

Communication – English Language
  1. Listening and speaking skills 

INTEGRATED STRANDS
PSE 2.2.Menunjukkan semangat dan sifat positif

CONTENT STANDARD
BI:1.2 : Listen to and understand meaning of simple words

LEARNING STANDARD
BI 1.2.5: Listen to and repeat greetings
BI 1.2.6 Listen to and repeat verbally to greetings.

TEACHING MATERIALS
CD Happy Birthday music, CD Player

PROCEDURES

1.      Pupils sit in a circle holding hands.
2.      Teacher introduces herself / himself, “ My name is -------“
3.      Teacher then sings a song using her name;
“My name is ----------. My name is ------------. “ to the tune of Happy Birthday Song)
4.      Teacher repeats the song several times.
5.      Pupils start introducing themselves one by one using the same tune,
“My name is --------“, My name is ---------“
6.      Pupils form two circles with the pupils in the inner circle facing the pupils in the outer pupils.
7.      Pupils in the outer circle sing and introduce themselves to the friend facing them.
8.      Pupils in the outer circles move in a clockwise direction to face a new friend. Continue to introduce self until all the pupils have introduced themselves.



Koleksi Gambar






Aktiviti bergaya sakan dengan rama-rama selepas mikroteaching lepas...terima kasih anak-anak tolong berlakon untuk cikgu..sayang semua!!!

BELAJAR MELALUI BERMAIN

Di peringkat pendidikan awal kanak-kanak , semua proses pembelajaran perlu berasaskan aktiviti main.  Ini adalah kerana ‘main’ adalah segala-galanya bagi kanak-kanak.  Dengan main, mereka belajar mengenali diri dan persekitarannya.  Oleh itu minat, keinginan dan kecennderungan kanak-kanak untuk bermain perlu digunakan dengan bijak dan sempurna oleh guru supaya semasa mereka bermain, mereka kan mengalami proses pembelajaran yang berupaya mengembangkan dan mememnuhi keperluan fizikal, emosi, social dan kognitif mereka.  MAtlamat ini akan dapat dicapai melalui perancangan dan pengendalian yang bersistematik khususnya bagi guru yang terlibat secara langsung di dalam pendidikan awal kanak-kanak.


DEFINISI MAIN

‘Play may be defined as behaviour that is instrinsically motivated, freely chosen process-oriented and pleasurable’
(Johnson & Enshler, 1982)

‘Play is the way that child learns what none other can teach him.  It is the way he explores and orientates himself to the actual world, of space and time, of things, animals and people.’
(Vygotsky, 1966)
 

Sunday 18 November 2012

WHITE TIGER DI ZOO SINGAPURA

Bila pergi Zoo Singapura, wajib pergi tengok White Tiger...selalu tengok di TV je..bila dapat tgk live rasa cam nak peluk-peluk je rimau ni.. Untuk anak-anak Prasekolah, bila cukup duit nanti, cikgu bawa kamu semua gi Zoo Singapura ye.

Cerita


Cerita Sang Kancil dengan Buaya


Cerita Monyet yang Tamak





Video

Video 1

LONDON BRIDGE


Video 2

WHITE TIGER DI ZOO SINGAPURA



Video 3

BELAJAR MELALUI BERMAIN

Di peringkat pendidikan awal kanak-kanak , semua proses pembelajaran perlu berasaskan aktiviti main.  Ini adalah kerana ‘main’ adalah segala-galanya bagi kanak-kanak.  Dengan main, mereka belajar mengenali diri dan persekitarannya.  Oleh itu minat, keinginan dan kecennderungan kanak-kanak untuk bermain perlu digunakan dengan bijak dan sempurna oleh guru supaya semasa mereka bermain, mereka kan mengalami proses pembelajaran yang berupaya mengembangkan dan mememnuhi keperluan fizikal, emosi, social dan kognitif mereka.  MAtlamat ini akan dapat dicapai melalui perancangan dan pengendalian yang bersistematik khususnya bagi guru yang terlibat secara langsung di dalam pendidikan awal kanak-kanak.


DEFINISI MAIN

‘Play may be defined as behaviour that is instrinsically motivated, freely chosen process-oriented and pleasurable’
(Johnson & Enshler, 1982)

‘Play is the way that child learns what none other can teach him.  It is the way he explores and orientates himself to the actual world, of space and time, of things, animals and people.’
(Vygotsky, 1966)